Followers

Monday, October 22, 2012

SENYUM SAMPAI LANGIT...(^______^)

assalamualaikum...

selalu kita dengaq senyum sampai telinga kan tapi ini senyum sampai langit





  disebabkan aku baca novel ni dah lama.aku terlupa nama watak dia.

post sebab dah lama dok dalam draft.

tapi basically novel ni pasai girl(yang still study) and guy(yang dah keja) more less pasai kawen time belajaq la yang perempuan tu.


pesanan penaja: teringat classmate aku yang dah kawen yang datang kelas berhelmet pink..sweet..awai betoi jodoh dia..semoga berbahagia ke akhir hayat(sungguh lambat aku wish) but yeah they still pengantin baru semoga berbahagia ke anak cucu cicit dan apa cit yang ada lepas tu


senyum sampai langit =)








Friday, October 5, 2012

KITA KAWAN SAMPAI BILA BILA.

Assalamualaikum.......

"THANK YOU,TERIMA KASIH
tiada apa yang lebih indah dalam hidup ini untuk dikenang melainkan dapat mengenalimu sahabatku"


10.5.2010 aku daftar dekat Kolej Matrikulasi Pulau Pinang.sains hayat. kat sinilah aku kenai arwah iwan.

lepas daftar boleh p masuk hostel so aku dapat bilik C5.2.10. kompel kelima.tingkat 2.bilik nombor 10. blok belakang sekali sebelah court tenis menghadap lebuh raya utara selatan.

nak p kelas pagi pagi tu letih jugak la nasib baik dewan kuliah aircond baik punya.
time balik kelas berpeluh jugak la lalu tengah tengah dataran panas panas nak balik bilik. nasib baik dkat dngan padang tapi aku bukan bersdukan sgt pun..teeeheeee


time mula mula masuk bilik tu dah ada sorang kat dalam. dia teguq aku dulu. nama dia azrul izwan tapi panggil iwan ja. dia kata dia dari kelantan.

maka bermulalah sesi pengenalan kami. lepas tu kami p ambik bantai sama sama dekat bilik tv kat bawah sebab lagi 2 orang roomates tak masuk lagi.

lepas tu naik balik atas dah ada dah 2 orang tu nama depa khalil and ariff.depa ni untung.dulu sekelas.satu sekolah.mai matrik dok bilik sekali pulak.untung depaaaaaa.

time orentasi memang kami 4 orang ni p mana mana pun p sama sama. sampai la dah start kelas.petang petang and malam malam kami p makan sama sama. p KESIS(kedai siswa),KEPOS(kedai pos),KETAT(kedai potostat) semua sama sama sampai pakcik KESIS tu tya "hampa ni sebilik ka?"

dalam bilik tu depa 3 orang budak fizik aku sorang ja budak hayat tapi itu bukan gap untuk kami stadi sama sama malam malam. plus depa ni pandai tahap einstein bagi aku sebab semua depa reti.aku ja dok nganga tak paham.XD

2 minggu lepas tu. arwah iwan keluaq sebab p foundation engineering dekat UNITEN.

tinggai la kami 3 orang.sunyi ja.

seminggu lepas tu ada budak second intake masuk dok kat katil arwah tapi kami semua still rasa macam arwah still ada kat situ.even dia dah keluaq dia selalu call kami, mesej.so kami tau dia pun xpenah lupa kami

2 minggu lepas tu pulak aku dapat tawaran masuk IPG PERLIS. so aku pulak keluaq.tingai la khalil and ariff ja.

tapii...

kami semua still contact lagi sampai la.


malam besday aku semua roomate wish kecuali arwah iwan sebab selalunya dia orang yang paling awai akn wish.so tak pe la aku take it lightly kata dia lupa.aku call dia tapi dia tapi tak dapat. mesej tak delivered.


satu malam tu, aku terdetik nak buka wall arwah sebab aku nak tanya dia p mana contact tak dapat takut takut pakai nombor baru, aku buka ja semua orang dok ucap takziah kat wall post dia

aku dah cuak.

aku scroll down lagi wall dia semua ucapan takziah dan aku baca satu post kata arwah accident dekat karak on the way nak balik kelantan bulan 3. patut la dia tak wish besday aku. call dia tak dapat. aku terus call ariff tanya dia tau tak iwan dah tak dak. then dia gtau dia pun tak tau. so means kami semua tak tau.

time tu aku tak tau nak wat apa.aku rasa terkilan sangat sebab bulan 8 baru aku tau dia dah tak dak. dah banyak bulan. 

awatla aku xpenah teringat nak buka wall dia sebelum ni.malam tu baru terdetik.

terkilan sangat tapi ALLAH lebih sayang dia


gambaq ni diambil petang dekat tasik KMPP sebelum dia keluaq.dia keluaq malam.




iwan, khalil, aku, ariff



aku terbaca kat pesbuk 

"tuhan ambik sesuatu yang kita sayang untuk gantikan sesuatu yang lebih baik"

kat sini ramai kawan kawan yang best yang boleh suka duka sama sama.

to all my friends especially arwah iwan kita kawan sampai bila bila.aku tak penah lupa hang. =)



TRAGEDI AIR SABUN

Assalamualaikum peeps*ada org baca ka blog aku?*heee

WATAK WATAK DI BWAH TIADA KENA MENGENA ANTARA YANG HIDUP ATAUPUN YANG DAH MATI.SO KALAU SAPA SAPA TERASA TLG LA PUJUK DIRI SENDIRI SEBAB TAK DAK SAPA NAK P PUJUK.XD


tersebutlah kisah ketika di malam minggu.ketika hujan renyai renyai di maktab ni.nasib baik perlis xbanjir.kalau tak mmg aku balik ruma(suka lari tema tau bila nak cerita)

back to the story. aku guna bahasa melayu moden bukan kuno sebab aku rasa aku akan mengalami kecelaruan berbahasa yang kronik.

aku dengan member aku dok lepak lepak dalam bilik mencari mood yang tak penah nak mai untuk stadi paper literasi nombor sebab nak ada UAK isnin ni. sembang pom pang pom pang aku cakap kat dia nak balik bilik sat nak ambik henset.lpas tu ada msg dari si tettt(bukan nama sebenar).

mintak nombor dia.aku dah dpt agak dah msti pasai si polan tu sebab si tttt pngantar msg dan si polan(bukan nama sebenar) tu ada skandal.sedang menjalankan hubungan yang matang(ayat standard artis la)


tiba tiba kawan aku mai bilik aku sambil berlari lari cerita yang si tetttt tu msg dia tya pasai si polan tu...kan betoi apa yang aku agak.

rupanya si polan tu merajuk dgn dia and yada yada yada(malas nak ceta panjang)


DAN

dalam dok msg msg tu si tett tu cakap dia sampai nak minum air sabun sebab si polan tu merajuk dengan dia.

kami apa lagi.gelak tak mau mau la sampai nak terkencing terberak semua ada sebab ayat dia sgt hiperbola. tak dak ayaq lain ka chek nak minum selain ayat sabun??over sgt pulak aku rasa.merajuk ja pun bukan bercerai.hahahahaha


kalah novel novel yang aku baca. kisah ni kalau buat drama kompem la malatops macam meriam sebab tragik dan sadis sgt cara hero tu solve problem bila dia kecewa. minum ayaq masak banyak banyak pun xpa. dah la baik untuk kesihatan. ayaq sabun ada apa??


moral of the story: kalo apa apa pun yang terjadi sila la pikir dgn rasional bila nak buat sometin' tu sebab effect diri sendiri. 


hahahahahaha.lawak gila.