Followers

Saturday, December 15, 2012

TAKKAN PERNAH BERUBAH

assalamualaikum

novel bertajuk TAKKAN PERNAH BERUBAH karya FISHA



novel ni antara novel favourite la...

shira tu kawin lpas je dia habeh SPM...memang muda lagi la.
iqmal waktu tu study kat uni dah..

kerana cinta shira sanngup dibuang keluarga memandangkan dia anak kesayangan ayah dia sebab dia pilih iqmal..

lepas je kahwin..depa tinggai kat umah biasa ja..shira keja kilang.
pada masa yang sama iqmal kena sambung study kat UK...

disangkankan panas sampai kepetang..rupanya hujan di tengah hari..acewah ayat aku...

ikmal accident kay UK and hilang igatan manakala shira pulak disahkan mengandung!Tuhan saja yang tau macam mana shira hadapi semua benda ni sorang sorang sebab dia dah takdak sesapa sebab dah dibuang keluarga dan keluarga ikmal tak tau yang ikmal dah kawin...

tak lama lepas tu..shira dah ada degree,anak dia dah besaq tiba tiba iqmal muncul dan pada mulanya shira takmau terima ikmal tapi ikmal pandai guna pengaruh anak dia..


untuk tau kesudahan dia...sila beli...tak rugi la kalo beli..serius.


kbai.


tok2 ada org tak?lari tajuk.kbai..

assalamualaikum...
lama gila tak hapdet blog sebab takde internet dan malas(ini syaiton pling durjana)..ngeh3..


okies kali ni novel tajuk KETUK PINTU HATI DIA karya ain farhana...

haaaa..ni novel dia




novel ni cerita pasai gadis tua 2 3 taun dari lelaki tu. and that time lelaki tu still student lagi STPM.

gadis tu keroje kat kedai kek and pastri dan dah ada bf yang mana lelaki yang dia admirer selama ni..

dia rasa hidup dia dh lengkap lepas dia officially couple dengan lelaki tu.

yang hero novel ni puleks ada family problems and dok sorang sorang kat rumah.bapak dia pilot kauuuuuu....tapi selalu abaikan dia.

mungkin itulah yang dinamakan jodoh.
ikan di laut asam di darat dalam periuk jumpa jugak(eh betoi ka haa peribahasa ni? sesuka hati aku ja..menangis teresak-esak cikgu bm aku time sekolah dulu baca..hewhewhew)

hero tu rupanya anak murid mak kepada gadis tu..

dan dorang semakin rapat dan terjatuhhh la cintaaaaa... 


dan kalau nak tau kenala beli dan baca...(dasar pemalas nak tulis)


SELAMAT PENGANTIN BARU MARIA ELENA dan ASFIRDAUS ASRI kerana dah jadi suami isteri(macam la kak gojes maria nak baca blog aku..hehe)


maaf sebab tak letak nama watak sebab aku rasa penyakit lupa aku menjadi-jadi..ngeh3..tula akibat dia dah baca sebulan baru nak hapdate...

kbai...

Monday, October 22, 2012

SENYUM SAMPAI LANGIT...(^______^)

assalamualaikum...

selalu kita dengaq senyum sampai telinga kan tapi ini senyum sampai langit





  disebabkan aku baca novel ni dah lama.aku terlupa nama watak dia.

post sebab dah lama dok dalam draft.

tapi basically novel ni pasai girl(yang still study) and guy(yang dah keja) more less pasai kawen time belajaq la yang perempuan tu.


pesanan penaja: teringat classmate aku yang dah kawen yang datang kelas berhelmet pink..sweet..awai betoi jodoh dia..semoga berbahagia ke akhir hayat(sungguh lambat aku wish) but yeah they still pengantin baru semoga berbahagia ke anak cucu cicit dan apa cit yang ada lepas tu


senyum sampai langit =)








Friday, October 5, 2012

KITA KAWAN SAMPAI BILA BILA.

Assalamualaikum.......

"THANK YOU,TERIMA KASIH
tiada apa yang lebih indah dalam hidup ini untuk dikenang melainkan dapat mengenalimu sahabatku"


10.5.2010 aku daftar dekat Kolej Matrikulasi Pulau Pinang.sains hayat. kat sinilah aku kenai arwah iwan.

lepas daftar boleh p masuk hostel so aku dapat bilik C5.2.10. kompel kelima.tingkat 2.bilik nombor 10. blok belakang sekali sebelah court tenis menghadap lebuh raya utara selatan.

nak p kelas pagi pagi tu letih jugak la nasib baik dewan kuliah aircond baik punya.
time balik kelas berpeluh jugak la lalu tengah tengah dataran panas panas nak balik bilik. nasib baik dkat dngan padang tapi aku bukan bersdukan sgt pun..teeeheeee


time mula mula masuk bilik tu dah ada sorang kat dalam. dia teguq aku dulu. nama dia azrul izwan tapi panggil iwan ja. dia kata dia dari kelantan.

maka bermulalah sesi pengenalan kami. lepas tu kami p ambik bantai sama sama dekat bilik tv kat bawah sebab lagi 2 orang roomates tak masuk lagi.

lepas tu naik balik atas dah ada dah 2 orang tu nama depa khalil and ariff.depa ni untung.dulu sekelas.satu sekolah.mai matrik dok bilik sekali pulak.untung depaaaaaa.

time orentasi memang kami 4 orang ni p mana mana pun p sama sama. sampai la dah start kelas.petang petang and malam malam kami p makan sama sama. p KESIS(kedai siswa),KEPOS(kedai pos),KETAT(kedai potostat) semua sama sama sampai pakcik KESIS tu tya "hampa ni sebilik ka?"

dalam bilik tu depa 3 orang budak fizik aku sorang ja budak hayat tapi itu bukan gap untuk kami stadi sama sama malam malam. plus depa ni pandai tahap einstein bagi aku sebab semua depa reti.aku ja dok nganga tak paham.XD

2 minggu lepas tu. arwah iwan keluaq sebab p foundation engineering dekat UNITEN.

tinggai la kami 3 orang.sunyi ja.

seminggu lepas tu ada budak second intake masuk dok kat katil arwah tapi kami semua still rasa macam arwah still ada kat situ.even dia dah keluaq dia selalu call kami, mesej.so kami tau dia pun xpenah lupa kami

2 minggu lepas tu pulak aku dapat tawaran masuk IPG PERLIS. so aku pulak keluaq.tingai la khalil and ariff ja.

tapii...

kami semua still contact lagi sampai la.


malam besday aku semua roomate wish kecuali arwah iwan sebab selalunya dia orang yang paling awai akn wish.so tak pe la aku take it lightly kata dia lupa.aku call dia tapi dia tapi tak dapat. mesej tak delivered.


satu malam tu, aku terdetik nak buka wall arwah sebab aku nak tanya dia p mana contact tak dapat takut takut pakai nombor baru, aku buka ja semua orang dok ucap takziah kat wall post dia

aku dah cuak.

aku scroll down lagi wall dia semua ucapan takziah dan aku baca satu post kata arwah accident dekat karak on the way nak balik kelantan bulan 3. patut la dia tak wish besday aku. call dia tak dapat. aku terus call ariff tanya dia tau tak iwan dah tak dak. then dia gtau dia pun tak tau. so means kami semua tak tau.

time tu aku tak tau nak wat apa.aku rasa terkilan sangat sebab bulan 8 baru aku tau dia dah tak dak. dah banyak bulan. 

awatla aku xpenah teringat nak buka wall dia sebelum ni.malam tu baru terdetik.

terkilan sangat tapi ALLAH lebih sayang dia


gambaq ni diambil petang dekat tasik KMPP sebelum dia keluaq.dia keluaq malam.




iwan, khalil, aku, ariff



aku terbaca kat pesbuk 

"tuhan ambik sesuatu yang kita sayang untuk gantikan sesuatu yang lebih baik"

kat sini ramai kawan kawan yang best yang boleh suka duka sama sama.

to all my friends especially arwah iwan kita kawan sampai bila bila.aku tak penah lupa hang. =)



TRAGEDI AIR SABUN

Assalamualaikum peeps*ada org baca ka blog aku?*heee

WATAK WATAK DI BWAH TIADA KENA MENGENA ANTARA YANG HIDUP ATAUPUN YANG DAH MATI.SO KALAU SAPA SAPA TERASA TLG LA PUJUK DIRI SENDIRI SEBAB TAK DAK SAPA NAK P PUJUK.XD


tersebutlah kisah ketika di malam minggu.ketika hujan renyai renyai di maktab ni.nasib baik perlis xbanjir.kalau tak mmg aku balik ruma(suka lari tema tau bila nak cerita)

back to the story. aku guna bahasa melayu moden bukan kuno sebab aku rasa aku akan mengalami kecelaruan berbahasa yang kronik.

aku dengan member aku dok lepak lepak dalam bilik mencari mood yang tak penah nak mai untuk stadi paper literasi nombor sebab nak ada UAK isnin ni. sembang pom pang pom pang aku cakap kat dia nak balik bilik sat nak ambik henset.lpas tu ada msg dari si tettt(bukan nama sebenar).

mintak nombor dia.aku dah dpt agak dah msti pasai si polan tu sebab si tttt pngantar msg dan si polan(bukan nama sebenar) tu ada skandal.sedang menjalankan hubungan yang matang(ayat standard artis la)


tiba tiba kawan aku mai bilik aku sambil berlari lari cerita yang si tetttt tu msg dia tya pasai si polan tu...kan betoi apa yang aku agak.

rupanya si polan tu merajuk dgn dia and yada yada yada(malas nak ceta panjang)


DAN

dalam dok msg msg tu si tett tu cakap dia sampai nak minum air sabun sebab si polan tu merajuk dengan dia.

kami apa lagi.gelak tak mau mau la sampai nak terkencing terberak semua ada sebab ayat dia sgt hiperbola. tak dak ayaq lain ka chek nak minum selain ayat sabun??over sgt pulak aku rasa.merajuk ja pun bukan bercerai.hahahahaha


kalah novel novel yang aku baca. kisah ni kalau buat drama kompem la malatops macam meriam sebab tragik dan sadis sgt cara hero tu solve problem bila dia kecewa. minum ayaq masak banyak banyak pun xpa. dah la baik untuk kesihatan. ayaq sabun ada apa??


moral of the story: kalo apa apa pun yang terjadi sila la pikir dgn rasional bila nak buat sometin' tu sebab effect diri sendiri. 


hahahahahaha.lawak gila.

Sunday, September 30, 2012

Random!







"Jangan tertarik kepada seseorang karena parasnya sebab keelokan paras dapat menyesatkan. Jangan pula tertarik kepada kekayaannya karena kekayaan dapat musnah. Tertariklah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum, karena hanya senyum yang dapat membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah. Semoga kamu menemukan orang seperti itu."




Tuesday, September 25, 2012

PLAIN JANE BY NURUL SYAHIDA

*mood tgh gembira tahap senyum sampai langit so aku sangatt bersemangat nak update blog* XD


aku mula tau pasai novelis ni since aku baca novel member kelas aku time form 5*orang sibuk nak SPM aku sibuk menelaah novel pfffft* yang bertajuk "PLAIN JANE" by Nurul Syahida.

tapi disebabkan hanya novel pinjam maka aku xboleh mengulang baca sesuka hati aku sebab kena tunggu turn. aku dengan suka hati pi mengarah ngarah suruh depa baca cepat cepat sebab aku nak baca lagi sekali..hahaha nasib baik depa menurut perintah..muhehe(gelak keji).






novel ini meceritakan tentang Balkis(dieeja dengan K bukan Q).sampai la aku ingat ayat tu..hehehe

balkis ni just gadis gadis biasa yang belajar di universiti tempatan. she wants to be an extraordinary girl who can attract guysssss because she felt her life so boring and nothing can impress other people.

part yang aku paling suka dalam novel ni ialah teori jenis golongan yang terdapat di universiti! hehe that soooooooooo damn true. mmg betoi betoi ada pun sometimes they so annoying!


lpas tu Balikis ni berkenalan dengan a guy(I forgot his name) but he known as most eligible bachelor from Bangsar.

lepas ja di berkawan dengan that guy tu she totally changed!people around her realised di punya perubahan.


lastly, dia dapat tau yang she dumped by that guy from Bangsar and dia jugak baru tau yang apis milo(coop worker) suka dia..teeheeee..


*aku malas nak menaip pnjag2 sebab stg jadi berjela*

so utk tau full story kena la BELI AND BACA..tp tak tau la ada lagi ke tak kat bookstore sebab buku ni mmg hard to find..aku cari lama baru jumpa untuk buat koleksi nurul syahida!


p/s: I love sarcasm of nurul syahida. even dia tulis dalam gaya yang sangat sarcastic tapi aku still akan tersenyum because she wrote something yang tak pernah terpikir oleh orang lain and really out of the box. bravo..


Monday, September 24, 2012

syud lagi.....=D

lepas ja baca Baju Melayu Hijau Serindit tu aku mula mencari novel novel karya syud and I realised that now I am more addicted to novels published by Jemari Seni(JS)..mungkin kerana novelis novelis yang berbakat dgn gaya penyampaian yang baik..la ni kalo p book store aku tuju bahagian Jemari Seni dulu.

cari punya cari akhirnya jumpa novel syud bertajuk TENTANG DHIA..




novel ni cerita pasai lelaki dan perempuan(mmg la lelaki dan perempuan kan??hahaha tp lupa nama sebab novel ni tingai kat rumah..=D

depa ni ada conflict ketika menyiapkan assignment ketika sama sama belajaq dekat UTM dolu dolu..

their ending in uni life is not happy ending because ego  masing masing  mungkin.biasalah jiwa muda kannn


then.... they met again in unexpected and epic scene because yang girl tu pergi beraya dekat umah ex-cikgu sekolah dia dulu..
DAN
sebenaqnya boy tu anak ex-cikgu dia tu dan dia tersedak dengan teruk bila nampak laki tu.
then they all over again as friend..

haaaa..kalau nak baca full silalah BELI DAN BACA sebab best dan sarat dengan moral values yang boleh diambil oleh readers.

p/s: sori kalau ada yang exact yang macam novel sebab aku ingat ingat lupa sebab dah baca lama dan novel ni tinggal kat rumah..=D..

TAPI

cerita dia mmg basicly macam tu la...

congrats syud...teruskan berkarya~~^______^

Novel karya syud yang awesome~~(",)

tahun lepas aku discover sorang novelis ni yang menggunakan nama pena syud..
maka di atas keinginan yang tinggi aku pun beli la novel "Baju Melayu Hijau Serindit"
baca punya baca makin lama main syok.!!aku baca satu hari jaaa...weeeee sebab BESTTTTTTTTT sangat...cerita dia pon ilex-ilex jer and santai..bahasa pun best and dia punya plot pun best..








novel ini cerita pasai pacai(Adam Firas) dan Wardah..mereka terjumpa secara tidak sengaja di dalam book store di Ampang Park kerana wardah mencari novel kepada adiknya kerana dia telah merosakkan novel tersebut sebab bagi jatuh dalam lopak air ketika turun dari kereta ketika sampai di kampungnya di JB...
sooo...nak di jadikan cerita.....
si pacai ni pi beli sampai 2 buah novel tu...dah la novel tu susah nak cari..dan ketika itu pacai memakai baju melayu hijau serindit kerana hari tu hari jumaat dan opis dia buat hari berpakaian bertema...
akibat bengang tahap meluat nak mamps dekat pacai tu..wardah jalan hentak hentak kaki dan ketika itu dia memakai kasut flat warna merah yang menyebabkan kakinya melecet. 
from that unexpected incident pacai called wardah as Dorothy and wardah called pacai as Sherk. elok la tu kannn...heeeee


untuk kisah penuh sila BELI dan BACA sebab tak rugi kerana ia SANGAT la BEST!!tak rrugi baca.betul.


p/s: aku tak jemu ulang baca sebab aku rasa pacai dan wardah sangat comel sweet~~ 

Sunday, September 23, 2012

tagging tagging poking poking feeling aliff aziz.muhehe

saya menjawab tag hazwan dengan perasaan gembira kerana semua assignments dah siap!!!tguu nak UAK and final exam ja~


aset paling mahal yang pernah dimiliki?
heh???aku rasa aku belum berharta nak ada apa-apa..

cita-cita sebenar mahu menjadi...
pramugara dan menjadi wajah airline tersebut..verangan harus diva-diva kalau tak rugi sbb FOC..=D

bahagian tubuh yang hot?
saya rasa semua hot!!opsssssss...!!

cara mengisi masa lapang?
baca novel sampai lebam, belek belek magazine sampai penat..tgk ceter korea sampai berayaq mata..lalala

telefon bimbit yang digunakan sekarang?
nokia aja!

haiwan yang paling ditakuti?
semuaaaaa..tak dak apa pun yang aku tak takut..

wangian pilihan?
apa yang wangi yang tu aku beli...lepas tu tukaq yang lain..lala 

gelaran masa disekolah...
errrrrr....gelaran itu sangat memalukan untuk didedahkan..biarlah rahsia...

kalau dah tua nak jadi macam siapa?
errrrrr...ntah!

siapa anda 10 tahun akan datang?
nak jadi lecturer, kawen, beranak pinak mungkin.

Tuesday, September 11, 2012

saya sayang kawan-kawan saya (",)

Tatkala hati teringatkan teman, terfikir diminda adakah aku juga ada didalam hati-hatimu, tatkala hati rindukan teman, terfikir diminda adakah aku juga dirindui, tatkala kaki berat untuk melangkah pergi, hati tertanya, adakah kau ingin bersamaku lagi meniti kejayaan, Mengapa aku rindu benar padamu. Moga doaku diterima agar aku tak kan kehilangan teman sepertimu.. Semoga bertemu dan berpisah kita kerana YANG MAHA ESA. 



I ask Allah to.. make you happy, make you smile,guide you safely through every mile, grant you wealth, give you health and most of all grant you a successful life. InsyaAllah. 


Aku mungkin sekadar pelangi dalam hidupmu. Hadir ku tanpa disapa, hilangku tak membawa apa-apa, tapi mengenalimu satu anugerah berharga dari "Yang Maha Esa". 


Bila ucapan salam dikirim dari jauh, 
tiada kata dapat didengar. 
tiada senyumana yang dapat dilihat. 
TAPI apa yang dapat dirasai, 
CUMA doa ikhlas dari hati yang mengingati. 


Kita berjumpa kerana takdir. 
Kita berkawan kerana kasih sayang. 
Kita bersama kerana hati. 
Kita bergaduh kerana harga satu ikatan. 
TAPI yang paling penting, SEMUANYA KERANA ALLAH TAALA. 
TanpaNya tak mungkin sekarang terjadinya 1 Jalinan Hati. 1 Rahsia Rasa. 
Yang mempunyai sejuta maksud pada jiwa-jiwa yang memahami erti persahabatan. 


p/s: kalau tak dihargai jgn sedih.cuba berfikiran postif.mungkin ada yang tidak kita ketahui..asalkan kita ikhlas.

rindu dia.nak jadi mcm few weeks before balik.tapi tak boleh.

Tuesday, August 21, 2012

RAYA 2012

raya seperti biasa..(",)
















syoknyaaaaaaaaaaaa rayaaaaaaaaaaaaaa!!!=D

p/s:depa semua dah balik..tinggai aku.bosan.sekian.

Saturday, August 4, 2012

POSITIVE THINKING

salah sendiri. wrong timing.padan muka.!

dia ada keja kot.bukan dia balik selalu pun.mesti la dia busy.
pagi and petang tadi dah contact.cukup la sikit-sikit.

 tamau kawan dgn dia satu jam.meluat!*tapi xsampai hati xrespon*

sambung wat keja.aku dah tadak mood.dem!

Friday, August 3, 2012

down memory lane BIG 1 2012 (",) PART 1

semalam selongkaq hardisk terjumpa la gambo gambo time perkhemahan BIG 1 april 2012 yang lalu..apa lagi...tersengih la sorang sorang ingat detik2 yang best gila tu..

al-kisahnya................

kami pelajar sem 1 diwajibkan mengikuti perkhemahan untuk menyempurnakan program bina insan guru(BIG)..
dengaq saja kata kena p khemah semua orang macam.......

si A: weiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii...awat kena p khemah wei..aku malaih la..kompem2 teruk

si B: hampa nak tau dak senior kata BIG sem 1 teruk..kena latu kaw kaw punya..tadak masa nak chillex2(chill dan rilex)

dan banyak lagi perbualan perbualan yang tak lalu dah mike nak tulis sebab semua lebih kurang ja...

dan pelajar pelajar TESL A&B kena bergabung dgn pelajar PENDIDIKAN JASMANI

semua  budak TESL A&B macam "what theeeeeeeee......?" sebab kami mana pernah gabung dgn budak2 kos lain selain TESL..
adakah kami mampu bekerjasama megalahkan wonderpets?
adakah kami boleh bersatu bergabung malatop?

tapi sebenaqnyaaaaaa budak2 PJ tersangat la boleh get along dengan budak2 TESL A&B ni yang memang mulut sorang2 macam murai....semua benda kami nak sembang.

welllllllllllllll...im proud to be TESLIANS because kalau kami takdak maktab akan sunyi.kucing sendawa pun boleh dengaq.kamilah pemeriah maktab kami..lalalalalala

lepas tu dengaq pula kata kem komanden kami ketua disiplin unit HEP semua orang dah cuak!!
dia garang okkkkkkkk....semua orang takuit kat dia.

tapi sebenaqnya dia sngt sporting siap boleh lepak sesama tengah2 malam cicah roti dgn ayaq kopi..haha terbaikkkkkkkkk..
semua tanggapan kami dgn dia bertukaq sama sekali.

hari nak p pulau tuba.pukoi 6.30 dah turun dah. semua orang excited.

malas menaip sebab satgi ayat jadi panjang.

pictures speak thousand words~~~







bila sampai ja kat jeti kuah.

drama dah start.
katanya feri tu tamau bawak kami pi pulau tuba even dah bayaq tiket sampai sana.
kena angkut balik barang turun utk tggu feri lain.

weiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii...barang kami banyak gila kot.
tengok gambaq.









lepas angkut semua barang dari perut feri tup2 kata feri tu nak hantaq kami p pulau tuba pulak.kena angkut bawak masuk balik di tengah2 panas tu.sabaq jala....

dekat kem baru kami tau semua tu drama ja nak uji kami la konon tengok tahap kerjasama.

terbuktilah semngat kerjasama kami sangatttttttt tinggi dan tadak sapa curi tulang


pesanan penaja: part 2 dekat pulau tuba!!tungguuuuuuuuuuuuuuu



Thursday, August 2, 2012

B to the U to the S to the Y..BUSY

header baru!!!gracias dekat wan sebab tolong buat...harapkan aku memamg takkkk la.


banyak benda nak diupdatekan dan diceritakan

tapiiiiii

busy dgn kelas(ok tipu sebab kelas takle banyak mana pun sehari), assignmentsssssssssss(banyakssss gilasss) menjadikan aku malaih nak tulis apa-apa..macam mana nak maju.


pesanan penaja: ada ja dalam draft nanti la post sekaligus..heeeee ^^



Friday, July 27, 2012

adik abang kakak angkat~

zaman sekolah dulu bab- bab adik angkat kakak angkat dan abang angkat ni benda biasa laaaa...semangat nak pi sekolah. Bukan semangat nak pi belajaq sangat tapi nak p jumpa depa...yala kan...time rehat buat3 lalu depan meja depa tengah makan . Nak habaq kata "IM HERE BEBEH IM HERE" something-like that-la.*muahaha mcm berckap ikut pnglaman*.heeeeee. lepas tu nak p tandas...sanggup pusing jauh semata-mata nak lalu depan kelas depa.nak tgk depa tgh buat apa or else.

 however..this kind of ber"angkat2" ni semua. this is not a bad thing pun if we take it as positive thing kan. carila abang/kakak angkat yang cemerlang and pelajar harapan sekolah barulah boleh jadikan depa sbagai "role-model" utk sama2 berjaya. lagi best dapat masuk satu matriks or uni sama dengan depa...ain't that sweet??. baru semangat nak belajaq...heeee...

bagaimanapun....part yang paling tacing apabila kakak or abang angkat kita suka kat org lain or dia pun ada crush jugak...itu yang paling sentap! tambah2 bila depa satu sekolah jugak...grrrrr..makan hati berulam jantung la jawabnya..

sebab....jarang la kita tidak ada sekelumit pun feeling kat depa.sangat menipu kalo kita tak rasa apa-apa.yela kan time dok remaja yang tak tau apa-apa lagi.form 1 form 2 tiba2 ada org concern pasai kita kan. hati sapa yang tak berbunga cek oii....habaq mai kat mamu..hihihi.

dan tak mustahil jugak kita ada jodoh dengan abang angkat or kakak angkat kita.ye la kan jodoh itu rahsia ALLAH..bercinta nak rak ala-ala makan tak kenyang mandi tak basah pun kalau dah tak dak jodoh nak wat guane kan.*maaf ayat tergantung*

=motif utama entry nak cerita pasai novel ni ja CALON JODOH UNTUK ADIK


ate ceghite nyer ghopa ini..mai teman nak cerghite sikit.mula2 arissa tak suka kat abang Ee sebab mulut yang sangat longkang dan tak dan insuran..pong pang pong pang tup2 dia ada feeling pulak kat abang Ee tapi abang Ee tu suka kat orang lain ang anggap dia sbgai adik angkat saja lepas abang kandung arissa passed away. kesian arissa :'(..tapi novel biasa la kan hepi ending itu perlu.kalo sad ending kompem tak lakuuuu...tapi novelis areila shahimi mmg sempoi and superb..novel dia semua best2 and tak rugi beli..mmg akan tersenyum and gelak sorang-sorang bila baca novel dia.


pesanan penaja: nak tau story full kena la beli novel dia. tak mahai pun..murah jaaa...*tukang promote*

Tuesday, July 24, 2012

NIRROSETTE....bravo!!!!"Nah,untuk Awak" sangat sweeeeetttttt and best and give life lessons jugak...!!!

pesanan penaja: rasa macam nak buat blog ni as blog review novel~~;)

Monday, July 23, 2012

sile pikir tajuk sendiri oke!~~

kadang-kadang kerana
terlalu sayangkan seseorang
Allah ambil dia daripada kita,.
Allah jarakkan dia dengan kita
untuk uji kita
masihkah kita sayang pada yang mengurniakan rasa sayang itu?
masihkan kita sayang pada yang menganugerahkan rasa sayang itu?
dan masihkah kita percaya pada aturan DIA?
untuk sedarkan kita.
bahawa DIAlah yang perlu kita lebih sayangi,lebih dari segala-galanya.
dan
kadang-kadang
Allah ambil jugak orang yang kita tak hargai.
saat Allah jarakkan kita.
lalu timbul rasa rindu dan menyesal.
bukan utk menghukum kita tapi untuk beri pengajaran
bahawa  apabila kita tidak mahu menyayangi mereka,
Allah ambil mereka utk disayangi lebih dari yang kita mampu lakukan...

pesanan penaja: ini bukan aku cipta sea aku mmgla xreti bersastera bagai...ini dipetik dari novel "Nah,untuk Awak!(apa yang dia bagi pun taktau dok nah2 ja)..

ni novel dia!!!


kbai nak sambung baca bagi perabih...japg ada kelas murid dan alam belajar..mmg aku nganga jala dlm kelas tu..dok pahe gapo2 pun..:)

drama ramadhan~~

sesi jejak kasih dengan blog selepas bertaun-taun lupa password and email..(^__^)V

credit to hazwan!!!